Navigation

  • Skip to Content

SOALAN LAZIM

 

 

  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • CARTA ORGANISASI
    • KONSEP PPK
    • OBJEKTIF PPK
    • LATAR BELAKANG
  • PERKHIDMATAN
    • YURAN KEAHLIAN
    • PANDUAN KEAHLIAN
    • PERATURAN DAN DENDA
    • KATEGORI KOLEKSI PPK
    • KADAR PERKHIDMATAN
    • KEMUDAHAN BILIK
    • PUSAT SUMBER BRAILLE
    • PUTRAJAYA MULTICULTURAL CHILDREN'S LIBRARY
    • PANDUAN
  • AKTIVITI
    • AKTIVITI TERKINI 2023
    • Bengkel Robotik & Dron 2023
    • Hari Terbuka Putrajaya 2023 - Reruai PPK
    • GAMBAR 2022
    • GAMBAR 2020
  • KOLEKSI
    • KOLEKSI TERBARU
    • KOLEKSI BACAAN ONLINE
    • KOLEKSI BRAILLE
    • KOLEKSI PUTRAJAYA MULTICULTURAL CHILDREN'S LIBRARY
  • RANGKAIAN PPK
    • PPK PRESINT 8
    • PPK PRESINT 9
    • PPK PRESINT 11
    • PPK PRESINT 16
  • HUBUNGI KAMI
    • ALAMAT PPK
    • DIREKTORI PEGAWAI
    • SOALAN LAZIM

  • 1 Adakah salinan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran keahlian kanak-kanak?
    • Salinan sijil kelahiran tidak diperlukan tetapi perlu menyatakan no. sijil kelahiran pada borang permohonan pendaftaran keahlian.
  • 2 Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di PPK Presint 16, bolehkah ianya dipulangkan di mana-mana cawangan PPK?
    • Buku atau bahan yang dipinjam boleh dipulangkan di mana-mana cawangan PPK.
  • 3 Adakah kad pengenalan diperlukan semasa memohon gantian kad keahlian?
    • Walaupun data pengguna telah ada dalam rekod, Pusat pembelajaran Kejiranan masih memerlukan dokumen tersebut untuk tujuan pengesahan.
  • 4 Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?
    • Pengguna boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (book drop) yang disediakan.
  • 5 Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?
    • Pusat Pembelajaran Kejiranan menyediakan Bilik/Ruang Siber kepada pengguna untuk mengakses internet atau membuat tugasan individu. Penggunaannya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan kadar bayaran bagi ahli ialah RM2.00 sejam dan bukan ahli ialah RM3.00 sejam. Perkhidmatan WIFI secara percuma turut disediakan kepada pengguna PPK.
  • 6 Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?
    • Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.
  • 7 Saya hendak menghadiahkan buku kepada PPK. Bagaimanakah caranya?
    • Pusat Pembelajaran Kejiranan mengalu-alukan sumbangan/hadiah buku, jurnal dan lain-lain bahan dalam pelbagai format, . Pustakawan akan membuat penilaian ke atas bahan yang dihadiahkan sebelum bahan dimasukkan ke dalam koleksi Perpustakaan. Sesiapa yang berhasrat memberi sumbangan/hadiah boleh berhubung dengan pihak PPK.
  • 8 Bagaimana saya hendak mencadangkan buku baru untuk dibeli oleh PPK?
    • Sebarang cadangan untuk pembelian buku baru boleh dimajukan dengan mengisi Borang Cadangan Perolehan Bahan, namun ianya tertakluk kepada kesesuaian dan persetujuan pihak Jabatan atau Pustakawan.
  • 9 Apakah beza antara Koleksi Rak Terbuka (RT) dan Koleksi Rujukan (RUJ)?
    • Koleksi Rak Terbuka (RT) menempatkan buku-buku teks dalam pelbagai bidang yang boleh dipinjam. Koleksi Rujukan (RUJ) pula menempatkan bahan-bahan rujukan seperti Kamus, Ensaiklopedia, Indeks, Abstrak, Direktori, Almanak dan Bibliografi untuk tujuan rujukan sahaja. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam keluar.
  • 10 Saya telah kehilangan kad ahli saya, bagaimana saya hendak menggantikannya?
    • Buat laporan kad hilang dimana-mana PPK. Untuk membuat kad ahli yang baru, pengguna dikenakan denda RM 5.00 untuk kehilangan kali pertama.
  • 11 Berapakah jumlah bahan perpustakaan yang dibenarkan untuk dipinjam pada satu masa?
    • Setiap ahli dibenarkan meminjam 5 bahan dalam tempoh 2 minggu dan boleh diperbaharui untuk 2 minggu berikutnya dengan syarat bahan berkenaan tidak ditempah oleh ahli lain. Bahan yang dipinjam hendakah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • 12 Bolehkah saya membaharui peminjaman melalui telefon?
    • Boleh, bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh dibaharui pinjamannya dengan menghubungi kaunter PPK di talian 03- 8887 7667/7670/ 7671 atau 7681.