KOLEKSI TERBAHARU

 

  

PILIHAN PUSTAKAWAN

 

DOMINAN ITU DIA
Penulis : Maya Iris
Karyaseni Sdn. Bhd.
ISBN : 9789674690946 Semak Katalog Kami
Perlanggaran kecil menemukan Lutfi dengan Aria Natasha. Dalam masa yang pantas, mereka jatuh cinta. Namun, cinta mana yang tidak bergolak? Aria terpisah daripada Lutfi apabila dia hampir-hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

ASP Hadid telah ditugaskan untuk melindungi Aria sementara pihak polis mencari dalang di sebalik penculikan Aria yang hanya dikenali sebagai Mr. Zed. Kes bertambah rumit apabila Mr. Zed menyenaraikan nama Aria dalam sistem bidaan penjenayah, The Dark Web.

 

 

 

Ratib Cinta 
Penulis : Tim Man Jadda Wajada Legasi 15
The Hamare Project Collection (Hamare Publication)
ISBN : 9789672455684 Semak Katalog Kami

"Tengoklah, uncle dah dapat kad pengenalan yang baru. Dah tukar kepada agama Islam. Uncle tahu ini yang terbaik. Allah SWT sayang uncle. Sebab itu Dia letak uncle dalam situasi ini."...

Ikuti kisah uncle yang telah dibuang keluarga demi memperoleh cinta-Nya.

Setiap apa yang dilakukan, perlu disertakan bersama rasa Cinta.

Barulah segala usaha yang dilakukan, tiada penyesalan padanya.

Bagaimana memupuk Cinta kepada-Nya? Buku ini ada jawapannya.

Selamat menelusuri Cinta.

 

 

Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit
Penulis Dr. Adi Hashman
PTS Publishing House, 2018
978-967-481-203-4 Semak Katalog Kami
Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit ¿membedah' fakta di sebalik kesihatan Rasulullah yang luarbiasa. Dibandingkan dengan manusia biasa, baginda dapat disifatkan sebagai tidak pernah sakit. Apakah rahsianya? Adakah ini mukjizat ataupun sebenarnya dapat dicapai oleh kita semua?

 

 

Rasulullah is My Doctor (Edisi Kemas Kini)
Penulis Jerry D. Gray
PTS Publishing House, 2018
978-967-481-185-3 Semak Katalog Kami
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden. Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

 

 

 

Ikuti Kami