Pilihan Pustakawan

  • 500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza / Chef Hanieliza
    Penulis Hanieliza
    PTS Publishing House, 2015.
    9789674114107 Semak Katalog Kami

    500 Kompilasi Resipi ini adalah gabungan daripada 15 buku Senangnya Memasak (Edisi Kedua). Terdapat pelbagai resipi baru seperti nasi minyak buah kurma, nasi pudina, donat kentang, ikan pesmol, kalio daging, bebola daging lada hitam, pavlova. puding buih, ikan kukus asam boi dan banyak lagi resipi lain. Setiap resipi disediakan cara membuat yang terperinci dan mudah difahami bagi memudahkan pembaca mencuba setiap hidangan. Selamat mencuba!

  • Fadhail Amal Untuk Wanita
    Penulis Sayyid, Abu Maryam Maghdi Fath
    IPustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd, 2016.
    9789670932033 Semak Katalog Kami

    Sebagaimana sudah maklum dan semua orang mengetahui bahawa wanita itu adalah pelaku dalam semua sisi. Wanitalah yang mengurus rumah suaminya, melahirkan pahlawan-pahlawan untuk kita. Yang paling penting sekarang, bagaimana wanita boleh mengusahakan itu semua sekarang? Wanita muslimah tidak mungkin boleh mempersiapkan keluarga yang kuat melainkan apabila dia benar-benar seorang muslimah yang kuat dengan agamanya, berpegang teguh dengan kitab Tuhannya dan sunnah Nabi-Nya. Di dalam kitab ini, saya mengumpulkan untuk para wanita muslimah dan mukminah akan fadilat-fadilat amal yang akan mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t., memasukkannya ke dalam syurga, serta mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Fadilat amal merupakan sesuatu yang memiliki darjat yang tinggi dan sisi pahala dan keutamaan.

  • Bukan Suami Sementara
    Penulis Nana Billa
    Penerbitan Fajar Pakeer, 2014.
    9789673652051 Semak Katalog Kami

    Nur Anilsa Najwa - Hidupnya begitu bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran Fiqri yang sikit masa lagi akan menjadi suaminya yang sah. Tapi, ujian Allah tak siapa dapat menjangka. Pada hari yang sepatutnya membuatkan dia bahagia, hatinya ranap dengan halangan si ibu. "Fiqri tak boleh kahwin dengan Nisa." Fiqri Izham - Kalau ikutkan hati, kenyataan itu takkan dipandang langsung. Tapi, kenyataan itu bukannya fantasi. Dia berada di dunia realiti. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk telan segalanya. Demi kebahagiaan sebuah keluarga, dia perlu teguhkan hati. "Kita lari." Kerana rasa cinta, Anilsa sanggup menuntut janji. Tanpa memikirkan hati yang lain akan kecewa, dia tetap dengan keputusannya. Namun, Allah punya rancangan yang jauh lebih baik. Kematian Encik Mustafa membuatkan Anilsa sedar, baik keluarga atau Fiqri, dia tak punya pilihan. Lalu dia pergi meninggalkan segalanya. Tanpa dia sedar, dia takut untuk jatuh cinta. Perkahwinan Fiqri memaksanya untuk pulang. Apabila hati mula menerima, kenapa Wati yang menjadi isteri lelaki itu? Dendam lama antara dia dengan Wati membuatkan dia nekad. Untuk menyakitkan hati wanita itu, dia perlu berpura-pura menggoda Fiqri. Tapi, akhirnya dia pula yang tersepit.

Event Calendar


<< Previous Month December   2017 Next Month >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Federal Holidays
01/12/2017 MAULIDUR RASUL
25/12/2017 KRISMAS
State Holidays
Term Break
Week End
04/12/2017 Weekend
11/12/2017 Weekend
18/12/2017 Weekend