PERATURAN PINJAMAN

 

 

Pinjaman bahan koleksi adalah terbuka kepada ahli PPK sahaja

 

Setiap ahli dibenarkan meminjam 5 buku dalam tempoh 2 minggu dan boleh diperbaharui untuk 2 minggu berikutnya dengan syarat bahan berkenaan tidak ditempah oleh ahli lain.

 

Pinjaman buku boleh dibuat di kaunter perkhidmatan. Sila simpan resit pinjaman sebagai bukti pinjaman dan rujukan tarikh pemulangan.

 

Peminjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan di mana-mana cawangan PPK Putrajaya atau menggunakan kemudahan Kotak Pemulangan Buku (Bookdrop)

 

Pengguna adalah diminta untuk melaporkan sebarang kehilangan buku yang dipinjam dengan segera kepada pihak PPK.

 

Pengguna yang lewat memulangkan buku, melakukan kerosakkan atau menghilangkannya perlu membayar denda hilang atau rosak kepada PPK. (Rujuk jenis dan kadar denda)

 

Buku yang tidak dipulangkan setelah lampau tempoh pinjaman dan setelah dikeluarkan surat peringatan sebanyak 3 kali akan dianggap hilang dan pengguna perlu membayar kos ganti rugi buku tersebut. (Rujuk jenis dan kadar denda)

 

 

Ikuti Kami