PERATURAN AM
PERATURAN AM
Sila tinggalkan beg-beg, fail, topi keledar, payung, buku-buku dan barangan sendiri yang lain di bagasi kecuali barang-barang yang berharga, alat tulis, komputer riba dankertas nota. Pihak PPK tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut..
Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, tidur, menggunakan telefon bimbit, dan membuat bising. Ibubapa atau penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka daripada membuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain.
Sila bercakap dengan perlahan kalau perlu agar tidak menimbulkan masalah kepada pengguna lain.
Tidak dibenarkan mencas (charging) telefon bimbit di mana-mana soket kuasa. (soket kuasa hanya dibenarkan untuk penggunaan komputer riba sahaja).
Tidak dibenarkan membawa buku keluar tanpa melalui proses pinjaman.
Tidak dibenarkan merosakkan apa jua harta benda / koleksi PPK dengan apa cara sekalipun.
Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan..
Pengguna hendaklah menunjukkan kesemua bahan yang dibawa keluar melalui kaunter utama kepada petugas atau pengawal keselamatan.
Dilarang mengalih-alihkan perabot-perabot perpustakaan seperti kerusi dan meja serta menyalahgunakannya.
Petugas PPK dan pengawal keselamatan berhak menegur dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan.