PANDUAN
Keahlian PPK dibuka kepada semua warga Putrajaya (bekerja dan tinggal di Putrajaya serta ahli keluarga mereka), dan penduduk dari kawasan sekitar Putrajaya iaitu Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang dan Puchong yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
Terdapat ketegori keahlian iaitu Dewasa, Remaja, Kanak-kanak, OKU (Dewasa, Remaja & Kanak-Kanak) dan Warga Emas
Bayaran/yuran keahlian adalah secara tahunan dan mengikut kategori ahli. (Rujuk kategori ahli dan kadar yuran).
Permohonan keahlian boleh dibuat di kaunter perkhidmatan PPK atau mengisi borang daftar ahli online
Yuran keahlian kepada Warga Perbadanan Putrajaya dan ahli keluarga (suami/isteri/anak-anak) adalah percuma.
Bayaran hendaklah dijelaskan di kaunter PPK dalam bentuk wang tunai sahaja. Pembayaran menggunakan cek peribadi tidak diterima.
Kad keahlian tidak boleh dipindah milik. Pihak PPK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan akibat dari memindah milik kad keahlian.