Soalan-soalan Lazim

Adakah salinan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran keahlian kanak-kanak?

Salinan sijil kelahiran tidak diperlukan tetapi perlu menyatakan no. sijil kelahiran pada borang permohonan pendaftaran keahlian.

Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di PPK Presint 16, bolehkah ianya dipulangkan di mana-mana cawangan PPK?

Buku atau bahan yang dipinjam boleh dipulangkan di mana-mana cawangan PPK.

Adakah kad pengenalan diperlukan semasa memohon gantian kad keahlian?

Walaupun data pengguna telah ada dalam rekod, Pusat pembelajaran Kejiranan masih memerlukan dokumen tersebut untuk tujuan pengesahan.

Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?

Pengguna boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (book drop) yang disediakan.

Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?

Pusat Pembelajaran Kejiranan menyediakan Bilik/Ruang Siber kepada pengguna untuk mengakses internet atau membuat tugasan individu. Penggunaannya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan kadar bayaran bagi ahli ialah RM2.00 sejam dan bukan ahli ialah RM3.00 sejam. Perkhidmatan WIFI secara percuma turut disediakan kepada pengguna PPK.

Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?

Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.

Saya hendak menghadiahkan buku kepada PPK. Bagaimanakah caranya?

Pusat Pembelajaran Kejiranan mengalu-alukan sumbangan/hadiah buku, jurnal dan lain-lain bahan dalam pelbagai format, . Pustakawan akan membuat penilaian ke atas bahan yang dihadiahkan sebelum bahan dimasukkan ke dalam koleksi Perpustakaan. Sesiapa yang berhasrat memberi sumbangan/hadiah boleh berhubung dengan pihak PPK.

Bagaimana saya hendak mencadangkan buku baru untuk dibeli oleh PPK?

Sebarang cadangan untuk pembelian buku baru boleh dimajukan dengan mengisi Borang Cadangan Perolehan Bahan, namun ianya tertakluk kepada kesesuaian dan persetujuan pihak Jabatan atau Pustakawan.

Apakah beza antara Koleksi Rak Terbuka (RT) dan Koleksi Rujukan (RUJ)?

Koleksi Rak Terbuka (RT) menempatkan buku-buku teks dalam pelbagai bidang yang boleh dipinjam. Koleksi Rujukan (RUJ) pula menempatkan bahan-bahan rujukan seperti Kamus, Ensaiklopedia, Indeks, Abstrak, Direktori, Almanak dan Bibliografi untuk tujuan rujukan sahaja. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam keluar.

Saya telah kehilangan kad ahli saya, bagaimana saya hendak menggantikannya?

Buat laporan kad hilang dimana-mana PPK. Untuk membuat kad ahli yang baru, pengguna dikenakan denda RM 5.00 untuk kehilangan kali pertama.

Berapakah jumlah bahan perpustakaan yang dibenarkan untuk dipinjam pada satu masa?

Setiap ahli dibenarkan meminjam 3 bahan dalam tempoh 2 minggu dan boleh diperbaharui untuk 2 minggu berikutnya dengan syarat bahan berkenaan tidak ditempah oleh ahli lain. Bahan yang dipinjam hendakah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.

Bolehkah saya membaharui peminjaman melalui telefon?

Boleh, bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh dibaharui pinjamannya dengan menghubungi kaunter PPK di talian 03- 8887 7667/7670/ 7671 atau 7681.

Event Calendar


<< Previous Month December   2017 Next Month >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Federal Holidays
01/12/2017 MAULIDUR RASUL
25/12/2017 KRISMAS
State Holidays
Term Break
Week End
04/12/2017 Weekend
11/12/2017 Weekend
18/12/2017 Weekend