LATAR BELAKANG PPK

Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) merupakan sebuah organisasi yang beroperasi di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya (PPj). PPj merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab untuk membangun, mentadbir dan menguruskan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

  • 1 2 Mei 2001
    PPK mula beroperasi pada 2 Mei 2001 di Presint 8. Pada mulanya hanya terdapat 6 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Pustakawan, 2 orang pembantu pustakawan, 2 orang kerani dan seorang pembantu teknik.
  • 2Mac 2006
    Bilangan kakitangan mula ditambahkan dalam usaha untuk melancarkan lagi perkhidmatan di PPK. Terdapat penambahan seramai 10 orang kakitangan menjadikan jumlahnya meningkat kepada 16 orang.
  • 31 September 2006
    PPK Presint 16 mula dibuka kepada orang ramai dan dijadikan sebagai perpustakaan induk bagi PPK.
  • 4.  9 Disember 2008
    cawangan PPK yang ketiga telah dibuka iaitu di Presint 9. Bilangan kakitangan juga telah ditambah iaitu menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seramai 24 orang. 
  • 5. 5 Januari 2010
    Sejajar dengan penambahan penduduk di Putrajaya, cawangan PPK yang keempat pula telah dibuka di Presint 11

Sehingga kini PPK telah mempunyai 4 cawangan iaitu di Presint 8, 9, 11 dan 16. Waktu perkhidmatan juga telah dipanjangkan sehingga pukul 9.00 malam di atas permintaan pengguna. Waktu kemuncak adalah selepas waktu persekolahan di mana PPK menjadi tumpuan pelajar sekolah untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Pada hujung minggu pula, terdapat ramai ibubapa yang datang membawa anak-anak dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca sejak dari kecil. Dari segi aktiviti yang dianjurkan oleh PPK, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Ini membuktikan usaha PPK yang memberi penekanan kepada aspek aktiviti telah membuahkan hasil.

 

 

Ikuti Kami